BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 24, 2009

PAK GUARD UITM...DAMN SHIT!!!!!

Untuk semester ini, uitm telah menjalankan satu arahan dimana kenderaan pelajar iaitu yang menaiki kereta perlu lah meletakkan kenderaan mereka di padang kawad dan kemudian menaiki bas uitm dan sampailah ke kelas anda. Apa semua ini!! Tiba-tiba saje...Kalau nak buat peraturan ni buatlah dari awal dulu...Kalau dah terlalu lewat hinggakan boleh menimbulkan ketidakpuasan hati para pelajar baik tak perlu diteruskan...


Hal ini kerana, kalau kita lihat semula, budak-budak yang naik bas pun dah penuh, berhimpit, sesak tak tentu arah, lepas boleh pulak pak guard sekor ni suruh yang naik kenderaan ni naik bas...what the!! Tolong la pak guard oiii..fikir-fikirkan para pelajar yang naik bas pun dah penuh dan sesak, lambat masuk kelas inikan pula nak tambah lagi dengan budak-budak yang naik kereta disuruh naik bas. Bukan niat malu atau berlagak atau rasa payah nak naik bas, tapi fikirlah tak kesian ker dengan budak-budak yang berhimpit naik bas, setidak-tidaknya dengan menaiki kenderaan dapatlah mengurangkan sedikit bebanan mereka. Tolong la pak guard fikir-fikir.

Seterusnya alasan kenapa pelajar tak boleh bawak kereta sebab keistimewaan untuk staf..staf.staff...amboi banyaknyer diorang punyer staf...tolong la pak guard cuba tengok parking yang di sediakan di area fakulti masscomm, msk dan pergigian, saya rasa masih luas dan banyak parking lagi yang boleh disumbat dengan kereta pelajar..kalau nak dibandingkan staf dan pelajar ibarat 1 nisbah 3...pelajar lebih ramai jadi kalau macam tu bagi la keutamaan untuk pelajar..tolong fikir bole tak pak guard..

Lagi satu tak puas hati ni..pasal pak guard sekarang dah mengada-ngada nak jaga setiap penjuru parking dekat dengan area fak masscomm, polisi dan sport...apa kejadah korang ni..sampai nak kena jadi pak turut nak larang jangan parking kat sinilah, situlah...so damn...tak nak bag sesak konon tapi lagi sesak jadinya..fikir pakai otak bole tak.....

Akhir dari aku...kalau aku dah terdesak jangan sampai aku nak bergaduh dengan pak guard-pak guard ni...malas nak kurang ajar dengan orang tua atau sekarang cam dah banyak pak guard muda kan ingat bagus la....kalau aku dah lambat tunggu la aku nak tengking siapa pagi-pagi datang kelas.....watch out pak guard..lagi satu tak perlu kot nak clam-clam kereta orang ni..polis pun tak pernah buat kot...JANGAN NAK MENYUSAHKAN ORANG!!!!!!!

Kita tengok lepas ni..tumpah kemana dakwat aku lagi ni...!!!

2 comments:

radhionana said...

huyoo.

fard menyatakn ketidakpuasan hati nye.

ko adu la kt VC.

tgk pe kte die lak.

i'm_siCK_n_tiReD said...

sangat betol... ekceli parking SANGAT la luas.. staf pakai pon bkn nye penuh... yg tu aku heran..

lagi 1 kalo dah naik keta, bleh lak pakai bas uitm...baek dr umah pakai bas bese drpd bwk kete..

pak guard pernah tengking aku sbb aku bwk kete masuk kampus... punye la aku bersopan santun berbudi pekerti brcakap dgn beliau, boleh plak die tengking aku...

aku cadangkan ko pg curik sticker kete staf...

:)