BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 9, 2009

Main Dengan Penuh Martabat...Bukannye Main Hambat..

Dua reaksi berbeza...tahniah pada pasukan hobin jang hobin...belakang: ketidakpuasan hati terlihat jelas pada penyokong Kelantan...apa-apa pun semangat kesukanan harus ditonjolkan.

Habis kerusi-kerusi di Stadium Bukit Jalil terbakar...apakah ini dikalangan penyokong yang professional ataupun suka memusnahkan harta benda negara sendiri ?


Gelagat penyokong KeLantan semasa memasuki stadium untuk menyaksikan perlawanan Akhir Piala Malaysia. Apakah ini caranya martabatkan maruah pasukan sendiri?







Friday, November 6, 2009

1Malaysia 1Malaya

..jomlah kita beramai-ramai setuju dengan slogan dan konsep ini...tidak ada negatifnya tapi positifnya lagi pada diri kita dan masyarakat...hidup kita ni dah memang perlu bermasyarakat...jika tidak bukan bertamadun lah diri kita ni...fikir masa senang jangan terlupa fikir masa susah...masa tulah baru nak tengadah...masing-masing sibuk nak bersatu nak bekerjasama...oleh itu dari sekarang mahupun dari dulu lagi kita sahut cabaran ini bagi memberi contoh kepada negara luar yang mana Malaysia ni hidup aman damai takkan berlaku porak peranda sesama kaum...kita ni pun kekadang makan dan minum semeja dengan pelbagai kaum...jadi konsep ini mengajar kita supaya tahu dan tidak kekok untuk beramah mesra dengan kaum yang berlainan bangsa...asalkan menghormati agama dan adat resamnya...fikir balik hidup kita kat dunia ni tak tahu sampai bila kan...mesra dengan semua 1Malaysia.
Sebenarnya dari dulu lagi semangat perpaduan kaum dipupuk dan kalau boleh dari dulu lagi kita sudah ada 1Malaya sebelum ditukar kepada satu Malaysia.

Bukan Niatku...

...bukan sebenarnya niat aku tuk mengabaikannya...tapi tugas dan tanggungjawab aku sebagai pelajar dan manusia yang banyak lagi yang nak aku siapkan...percayalah aku tak pernah nak melupakannya...dah tersimpan pun dalam hati aku ni...cuma izinkan aku untuk menyudahkan kerja-kerja ku ini...jangan risau tak ada apa yang aku cuba rahsia darimu..tak ada apa yang aku cuba lakukan disebalikmu...tak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana hari-hariku memang selalu mengingatimu...sabarlah jangan diikutkan hati yang amarah...kenangkan masa2x kita bersama dan akan bersama lagi selepas semua ini selesai...sudah lama dakwatku tak tertumpah...

Friday, July 24, 2009

PAK GUARD UITM...DAMN SHIT!!!!!

Untuk semester ini, uitm telah menjalankan satu arahan dimana kenderaan pelajar iaitu yang menaiki kereta perlu lah meletakkan kenderaan mereka di padang kawad dan kemudian menaiki bas uitm dan sampailah ke kelas anda. Apa semua ini!! Tiba-tiba saje...Kalau nak buat peraturan ni buatlah dari awal dulu...Kalau dah terlalu lewat hinggakan boleh menimbulkan ketidakpuasan hati para pelajar baik tak perlu diteruskan...


Hal ini kerana, kalau kita lihat semula, budak-budak yang naik bas pun dah penuh, berhimpit, sesak tak tentu arah, lepas boleh pulak pak guard sekor ni suruh yang naik kenderaan ni naik bas...what the!! Tolong la pak guard oiii..fikir-fikirkan para pelajar yang naik bas pun dah penuh dan sesak, lambat masuk kelas inikan pula nak tambah lagi dengan budak-budak yang naik kereta disuruh naik bas. Bukan niat malu atau berlagak atau rasa payah nak naik bas, tapi fikirlah tak kesian ker dengan budak-budak yang berhimpit naik bas, setidak-tidaknya dengan menaiki kenderaan dapatlah mengurangkan sedikit bebanan mereka. Tolong la pak guard fikir-fikir.

Seterusnya alasan kenapa pelajar tak boleh bawak kereta sebab keistimewaan untuk staf..staf.staff...amboi banyaknyer diorang punyer staf...tolong la pak guard cuba tengok parking yang di sediakan di area fakulti masscomm, msk dan pergigian, saya rasa masih luas dan banyak parking lagi yang boleh disumbat dengan kereta pelajar..kalau nak dibandingkan staf dan pelajar ibarat 1 nisbah 3...pelajar lebih ramai jadi kalau macam tu bagi la keutamaan untuk pelajar..tolong fikir bole tak pak guard..

Lagi satu tak puas hati ni..pasal pak guard sekarang dah mengada-ngada nak jaga setiap penjuru parking dekat dengan area fak masscomm, polisi dan sport...apa kejadah korang ni..sampai nak kena jadi pak turut nak larang jangan parking kat sinilah, situlah...so damn...tak nak bag sesak konon tapi lagi sesak jadinya..fikir pakai otak bole tak.....

Akhir dari aku...kalau aku dah terdesak jangan sampai aku nak bergaduh dengan pak guard-pak guard ni...malas nak kurang ajar dengan orang tua atau sekarang cam dah banyak pak guard muda kan ingat bagus la....kalau aku dah lambat tunggu la aku nak tengking siapa pagi-pagi datang kelas.....watch out pak guard..lagi satu tak perlu kot nak clam-clam kereta orang ni..polis pun tak pernah buat kot...JANGAN NAK MENYUSAHKAN ORANG!!!!!!!

Kita tengok lepas ni..tumpah kemana dakwat aku lagi ni...!!!

Tuesday, April 7, 2009

KAWAN...( Antara Lama dan Baru )



Rakan-rakan ku, aku tak pernah melupakan kamu semua kerana kamu semua lah orang yang pertama aku kenal.


Baik yang lama mahupun yang baru tiada beza pada aku, kerana jika namanya sudah bersahabat, sahabatlah selama-lamanya.

Pada kawan-kawan lamaku, usahlah kamu semua berkecil hati jika kita kurang bersama-sama seperti dulu, bergurau senda seperti dulu, berjalan-jalan seperti dulu dan berhibur seperti kita dulu.

Kadangkala aku sedih bila teringat kenangan semua tu, terasa ingin kembali pada ketika itu, tapi sayang hidup ini perlu terus ke depan dan aku harus menjalani arus kehidupan kita kawan-kawan.

Apa yang paling penting aku memang rinduu selalu dengan kawan-kawanku ( 10 Budak Hitam), rindu aku nak makan bersama dgn kamu semua, rindu nak berkumpul sama-sama dan rindu nak belajar dan kelas sama dgn kamu semua. khas ( dgrkan lagu vitamin c-graduation).

Usah risau aku memang selalu INGAT pada kamu rakan-rakan lamaku.

Pada yang baru...kenalilah diriku ini..dan sambil itu aku kenali dirimu juga.
Semoga kita dapat menjadi sahabat yang tahu bertolak ansur dan bekerjasama bukan mementingkan diri sendiri.

Jangan dengki mendengki tau haha...

tunggu ! pasti tumpah lagi dakwatku...

Tuesday, March 10, 2009

APA? Pak Lawak dalam kelas!urghh...

Situasi ini berlaku seketika dalam kelas tempoh hari. Aku di beri contoh seperti seseorang yang org lain mengangapnye seperti pelawak dalam kelas kerana ap saja yang aku lakukan walau serius macam mane pun mesti org gelak dan tertawakan aku. Am I a joker in the class?? Begitulah apa yang diperkatakn oleh tenaga pengajar aku. Tapi aku ok tenang jer sebab sebenarnyer inilah yang berlaku sejak dari aku amik diploma lagi. Segala percakapan aku mesti diorg gelak. Serius ke marah ke sedih ke semua nak tergelak. Aduh naik pelik dan keliru aku. Apa yang kelakar, apa yang mencuit hati diorg, aku pun xtau. Ingat rakan-rakanku....ada masenyer...


Aku serius mmg aku serius,
Bila aku marah mmg aku marah,
dan Bila aku sedih mmg aku sedih
Malah kalau aku menangis mmg aku menangis,
tak mampu aku nak mengalirkan air mata yang dusta semata-mata....

Tapi sebaliknya yang berlaku...

Aku serius diorang gelak,
Aku marah diorang ketawa,
Aku sedih diorang gelak lagi,
apatah lagi kalau aku menangis diorang ketawalah lagi...

EHMM...apalah nasib. Tapi cuma kekadang ia seronok, takde la tegang je keadaan kan. Cuma ingat tak semestinya aku begini tapi dalam hati dan perasaan aku sentiasa gembira kerana masalah dan kesedihan itu sentiasa sebati dalam jiwa aku. 

Aku cuba berselindung disebaliknya.

...jaga-jaga tumpah lagi dakwat ku...

Thursday, March 5, 2009

SEPInye Aku...


Sepi hati terjadi lagi,

Mungkin sampai mati aku sepi,
Biar senyum hadir dihariku,
Namun hanya dibibir sahaja...

Aku ini yang bisa mengerti,
Walaupun yang lain mahu mengerti,
Namun berat beban hidupku,
biarkan sahaja,
Biar sahaja hanya ku yang tahu...

Ada saatnya aku bicara,
Bila hatiku telah bulat,
Sepanjang ku bisa atasi semua,

Aku tetap diam.......................................

petikan lagu filem Sepi, nyanyian yuni shara, SEPI.


( Dari segi lirik memang sungguh puitis dan banyak maksud tersirat yang terdapat dalam lirik lagu ini. Ini pun aku hanya ambil sedikit je liriknyer kerana mungkin ianya ada kaitan dalam hidup aku. Lagu ni selalu aku dengar dan layan bila aku.............

sepi sebab kena kutuk...
sepi sebab kena hina...
sepi sebab semua orang nak menjatuhkan aku...
sepi sebab kena caci...
sepi sebab kena maki dan hamun...
sepi because i'm loser? urghh...

kenape ye kawan-kawan dan orang yang kita paling rapat tidak tahu menilai erti persahabatan itu sendiri. 
kenapa kawan sendiri yang nak berjaya tak pernah langsung nak bagi sokongan, sebaliknya memerli, mengutuk, mencaci dan menghina.
kenapa yer kawan-kawan lama ku, tak pernah bagi sokongan pada aku, cuba cakap pada aku,

APA SALAH AKU? 

Saturday, February 28, 2009

G.I.M. (Gemuk Itu Menarik)


Gemuk...pada pndapat ak r kan bukan salah ibu yang mengandung...tapi terpulang pada individu itu sendiri. Cara pemakanan, aktiviti harian dan keturunan menjadi faktor pada semua tu. Jadi org gemuk ni pon tersiksa hidupnyer...ad setengah dapat penyakit, susah nak buat kerja, nak dapat kerja pon susah...dunia2x...hanya pandang rupa dan kecantikan tapi semua tu luaran...tapi dalaman langsung tak dihiraukan...maksud aku keistimewaan yang org gemuk ada seperti bakat dan kepakaran dalam sesuatu bidang. 


Persepsi org ramai terhadap org gemuk ni macam2x ada...ad yg kata pemalas r, pengotor lah dan ad r best skit org kata lawak  dan suara sedap haha...pada aku semua tu hanya sangkaan dan spekulasi tanpa mengadili nyer dgn betul.

Kesian org gemuk ni...kalau tak diejek, di cerca dan dihina bukan gemuk r maknenyer...kenape yer ? org2x macam ni slalu dijadikan bahan ejekan dan dipermainkan...semua org ada perasaan...mereka ini juga ada hati dan perasaan...

Sedarlah wahai teman2xku...kita semua ada serba kekurangan, cuma jelas atau tersembunyi jer kekurangan kita tu...cari, dan lihat di mana dan siapa kita yang nak mengata dan mengadili makhluk tuhan pencipta alam...

Apa-apa pun, aku tetap pada pendirianku G.I.M (Gemuk Itu Menarik)...

Mok! Mok! Boyot! Buncit!....ungkapan dan panggilan inilah yang sering ditujukan pada insan-insan gemok yang lahir kat dunia ni. Rasenyer tak perlu lagi ad nama gelaran pada mereka ini, kerana mereka telah pun dipanggil sedemikian rupe oleh rakan-rakan dan teman rapat yang mereka ada. Alahai dunia, knp jd sebegini, mereka juga ada nama yang indah dan sedap utk disebut dan di panggil. Nama yang diberi oleh ibu bapa mereka, adalah satu nama yang istimewa dan bermakne. Ingat rakan2x ku..gurauan pada nama ada batasannya!

Akhir kalam...aku nak tanya pendapat, org gemuk ni boleh ke ad teman yang istimewa maksud aku teman wanita dan bagi perempuan teman lelaki? 

Sekian salam dari dakwat tumpah...tap! tap! tap!

Tunggu ceritera seterusnya...tumpah lagi dakwatku..jaga-jaga!